-->

Aizuddin Shah BlogLand

easy to forgive but it's hard to forget



Xmudah untuk maafkan individu yg buat salah pada kita an an. Apa lagi org yg buat salah tu org yg kita syg, hati ni rsa terlalu sakit dan terluka dgn perbuatan yg memang kita tak jangka. Kaum lelaki mudah melupakan apa yg berlaku walaupun mereka sukar untuk memaafkan. Sedangkan perempuan pulak sanggup memaafkan walaupun sukar untuk melupakan apa yg dh berlaku. am i aite ? hahaha . Macam luka , even sakitnya dah hilang tp parutnya tetap berkekalan kan. So ini maknanya selagi  hayat dikandung badan perempuan tu akan tetap mengingati dan menyimpan apa yg dh berlaku..sekalipun mulut mngucapkan kata maaf .

Setuju ke tak setuju??? 

Kenapa eyh , perempuan mcm tu , I think , sbbb wanita sukar Kikis Kenangan. Ada satu  profesor psikologi di University of Stony Brook, Amerika Syarikat, menerangkan .... perempuan turut mermpunyai memori autobiografi yang selalu membuatkan para perempuan sukar nk lupakan apa yg berlaku bila sesuatu pekara sedih , pedih atau yg melukan hati mereka O.o'.  Apa lagi kalau pekara yg berlaku tu memang memberi kesan yg kuat dalam kehidupan seharian mereka .

Lelaki pula tak mudah dikuasi oleh emosi meskipun mereka memiliki ingatan yg kuat tentang peristiwa yg menimpa mereka.

Situasi ini bukan sahaja membuatkan para perempuan sukar melupakn tapiii turut menjadi punca kenapa wanita mengalami kemurungan :( . Sememangnya perempuan lebih mudah stress berbanding lelaki  kerana Otak mereka lebih cenderung untuk terus memikirkan pekara2 buruk ataupun kenangan2 lama mereka. 

Bukan tu je tauu ! sebahagian dari otak wanita memiliki peredaran darah yg lebih tinggi termasuk bahagian yg mengawal bahasa dan perbuatan hingga mereka memiliki ingatan yg cukup kuat dalam mengingati kisah2 lalu. 

Satu lagi faktor yang membuatkan wanita sukar nk lupakan ialah sebab paras hormone estrogen yg tinggi.  Kajian menunjukkan hormon estrogen berupaya mengaktifkan saraf dan meningkatkan peredaran darah ke otak. Kadar estrogen yang tinggi secara tidak langsung meningkatkan memori dan proses pembelajaran sehingga menyukarkaan perempuan untuk lupakan apa yg berlaku. Hebatkan perempuan , #Jealous :3


Bagaimana Memaafkan dan Melupakan?



1. Memaafkan dengan Ikhlas
Kebanyakan  individu memaafkan musuh mereka kerana tidak mahu  menyimpan dendam dan membiarkan dendam memusnahkan diri mereka kan?. Tapi, dalam masa yang sama hati mereka tidak ikhlas untuk memaafkan kita. Akibatnya, mereka masih sering mengingati peristiwa lalu dan susah melupakan segala kejadian yang berlaku. so , apabila korang mengambil keputusan untuk saling bermaaf-maafan berusaha untuk melakukannya dengan seikhlas mungkin. Okay :)


2. Maaf bukan Mainan
Perkataan maaf itu cukup mahal harganya, 'MAAF' bukan suatu perkataan yang boleh dilafazkan sesuka hati or sekadar menyedapkan hati orang yang mendengarnya. Sekali mengucapkan kata maaf maknanya korang telah bersedia untuk melupakan segala kepahitan yang berlaku serta membuka buku baru dalam kehidupan. Dengan cara itu, hati akan menjadi lebih tenang dan bersedia untk benar-benar memaafkan dan melupakan apa yang terjadi.



P/s : Hati perempuan itu lembut , jagalah ia seperti korang menjaga hati kedua ibubapa korang 

No comments:

Post a Comment

Hello , muggles ! XD my name is AIZUDDIN SHAH , just call me AIZ . in this annoying blog , i will story about my life , love , people around me and everything . do have fun reading my entry :) , btw guys follow me down there :)

Open Cbox
ALL COPYRIGHT RESERVED